in , , , ,

LEGO STAR WARS The Force Awakens: Terbangun Dari Galaxy Far Far Away!

Ingat lagi LEGO STAR WARS dulu? Tadaaaaa, tibalah masanya The Force Awakens untuk ambil alih dunia gaming LEGO!

The Force Awakens
The Force Awakens

Telah ada satu kebangkitan! TT Games & TT Fusion telah menghasilkan Star Wars : The Force Awakens yang akan direlease pada 28 June 2016.

LEGO Star Wars telah mempunyai empat saga yang dibangunkan oleh TT Fusion & TT Games sebelum ini. The Force Awakens adalah saga ke-5 dan ia adalah action-adventure game yang sangat menarik bagi players of all ages.

Kipas-susah-mati Star Wars memang akan suka game LEGO yang bakal dikeluarkan nanti kerana LEGO sentiasa menghasilkan game dengan content yang panjang supaya tidak menghampakan gamers dengan content game yang pendek. (Cough*The Order*Cough)

star-wars-episode-vii-force-awakens

TT Fusion juga telah diberikan kebenaran untuk membuat content baru sebelum datangnya The Force Awakens. Teaser skit, TT Fusion juga akan ceritakan macam mana C-3P0 dapat tangan merahnya.

Jom layan trailer ni dulu :

Tak sabar dah ni! Nak tahu macam mana? Jom kita nantikan. May The Force membangkitkan kita semua pada 28 Jun 2016 nanti!

Written by Amirul ProtoBlade

Guest-writer di JomGaming.my ini sedang mengenali dunia journalism. Peminat dunia Dota 2. Beliau seorang player yang mengambil role carry(main) dan support(jika perlu). Steam ID: Protoblade

Comments

JomKomen!

Loading…

0

JomRakam! Ep. 8: Hujan Division!

Sehari Bersama: XCOM 2