in , , ,

Legend of Heroes: Trails of Cold Steel: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Kita bertemu sekali lagi, dalam segmen Boleh Beli or Boleh Blah. Kali ini, saya akan review game The Legend of Heroes: Trails of Cold Steel (ToCS).

Game bagi platform PS3 dan PS Vita ini dihasilkan oleh Falcom dan dikeluarkan oleh XSEED Games untuk versi Bahasa Inggeris. Penulis pun first time main series ni, jadi sekiranya ada kekurangan dari segi review ini, minta maaf terlebih dahulu.

Cerita dia macam mana?

Game ini mengambil tempat di empayar Erebonian. Plot game ini terjadi di “Class VII” di Akademi Tentera Thors. Ianya dihadiri oleh orang-orang daripada kelas bangsawan dan juga penduduk biasa Erebonian. Setiap kelas dibahagikan kepada murid-murid mengikut status mereka. Sebagai contoh, kelas I and II adalah kelas untuk murid-murid daripada kelas bangsawan, manakala kelas III,IV,dan V adalah untuk murid-murid biasa. Namun begitu, “Class VII” berbeza di mana kelas ini terdapat murid daripada kelas bangsawan dan juga kelas biasa.

Game ini mengikut perjalanan murid-murid Class VII sepanjang tahun persekolahan mereka,di mana kelas ini menerima latihan istimewa di tempat-tempat sekitar Erebonia. Sepanjang waktu latihan mereka,Class VII menjadi lebih matang dan membuang segala prejudis terhadap kedua-dua kelas sosial dan melihat dengan mata sendiri tentang realiti empayar – rebutan kuasa di antara bangsawan yang diketuai oleh empat keluarga bangsawan, dan juga pemberontakan daripada kelas biasa yang diketuai Iron Blood Chancelor, Osborne. Dua situasi yang boleh membawa kepada tercetusnya perang saudara.

Apa yang kureng pasal game ini?

Sebelum kita pergi dengan lebih dalam mengenai kelebihan game ini, kita lihat dulu kekurangan-kekurangan yang wujud dalam game ini, supaya korang boleh buat keputusan dengan lebih bijak.

Pertama sekali, game ini agak “grindy”. “Grindy” di sini bermaksud korang kena ambil sedikit masa untuk mencari wang bagi membeli barang-barang keperluan dan juga kelengkapan seperti senjata dan armor. Dari segi exp, game ini ada EXP scaling di mana EXP yang diterima bergantung kepada level, jadi anda bernasib baik kerana kurangnya grinding dari segi itu.

Tambahan pula, pacing story ini agak lembab, di mana di sepanjang penceritaan, game ini memberikan perkembangan dari segi plot yang agak perlahan, jadi bagi korang yang mudah bosan dengan penceritaan yang lambat, game ini bukan untuk korang. Sebuah sekuel akan dikeluarkan dalam tahun ini, di mana ianya akan membawa lebih banyak perkembangan plot dan menjawab persoalan yang timbul di sepanjang perjalanan game ini.

Apa yang bagus pula?

Walaupun ada kekurangan, tetapi game ini ada banyak kelebihnya untuk memastikan anda terus melekat bermain. Jadi, antara kelebihannya ialah interaksi antara karakter yang menarik, sistem perlawanan dan customization yang mendalam, reka bentuk karakter yand menarik, di samping persekitaran dan penerokaan yang menakjubkan.

Interaksi antara karakter yang menarik!

Pertama sekali, kita tengok elemen interaksi antara karakter yang menarik. Terdapat 9 karakter termasuk karakter utama, di mana kita boleh naikkan Level Link dengan rakan sekelas watak utama, selain daripada beberapa karakter lain yang akan menyertai parti anda pada masa yang akan datang.

Pendek kata, Level Link ini adalah meter untuk melihat sejauh mana anda rapat dengan karakter tersebut. Dengan menggunakan point bond, anda boleh melaksanakan event-event untuk mengenali sesuatu karakter dengan lebih rapat, dan cari karakter kegemaran supaya korang dapat lebih menikmati game ini. Dan korang juga boleh pilih karakter yang korang suka sebagai teman wanita!

2015-12-31-183940

Personally, saya suka Emma. Bagi saya, dia adalah seorang yang rajin dan jernih dari segi personalitinya, dan dia pakai cermin mata, teramat comel!  Oh, event ini juga termasuk rakan-rakan anda yang sama jantina, jadi anda juga boleh pilih mana-mana karakter yang anda rasa boleh menjadi rakan baik anda. Point bond bagi setiap hari adalah terhad, jadi pilih dengan bijak ye.

Sistem battle dan customization yang mendalam dan menarik!

Seterusnya kita move on ke sistem battle game ini. Secara asasnya, game ini mengunakan sistem turn-based sebagai asas. Seperti tertera di gambar di bawah, ada 6 command, di mana command-command yang unik untuk game ini adalah Crafts, Move, dan Arts.

2015-12-31-035414

Crafts adalah untuk kemahiran-kemahiran unik bagi setiap karakter, termasuk serangan istimewa, di mana ianya mengunakan CP (bar hijau) yang boleh dinaikkan semula dengan setiap serangan yang berjaya diberikan kepada musuh.

Manakala Arts pula adalah command magik bagi game ini, di mana untuk menggunakannya, setiap karakter perlu melengkapkan diri dengan quartz magic yang diperlukan.

Manakala Move pula adalah command untuk mengalihkan karakter anda ke posisi tertentu, di mana ianya boleh menjadi sebahagian daripada strategi anda dalam perlawanan. Sebagai contoh, mengalihkan karakter ke satu tempat supaya kesemua musuh-musuh berkumpul di satu tempat dan memudahkan anda untuk menyerang mereka dalam zone AoE (Area of Effect) kemahiran anda.

Bercakap pasal AoE pula, setiap  kemahiran anda mempunyai zone AoE diorang, jadi, dengan mengambil kira setiap AoE bagi setiap skill, anda boleh lahirkan pelbagai strategi untuk mengunakan kemahiran anda sebaik mungkin.

Seterusnya, kita pergi kepada customization dalam game ini. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, quartz magic diperlukan untuk mengunakan magik. Selain daripada magik, terdapat juga quartz kemahiran di dalam game ini. Untuk rujukan mudah, quartz di dalam game ini lebih kurang macam material di dalam Final Fantasy 7, di mana setiap quartz ini akan memberi karakter kemahiran atau magik-magik yang tertentu untuk digunakan dalam perlawanan.

Setiap karakter mempunyai Main Quartz, iaitu quartz yang mempengaruhi perkembangan stats mereka dan juga mempunyai kemahiran yang unik kepada quartz itu. Oleh itu, anda boleh membuat build anda sendiri untuk membawa potensi karakter yang ada kepada tahap yang maksimum.

Sebagai contoh, Emma mempunyai kelebihan dalam magik, kerana main quartz beliau mempunyai kelebihan di situ. Jadi, untuk mengunakan sepenuhnya potensi Emma, korang patut beri dia banyak quartz untuk magic dan juga quartz untuk mengurangkan masa casting dan juga quartz untuk meningkatkan damage magic. Gambar di bawah menunjukkan skrin menu untuk lengkapkan quartz pada karakter anda.

c20130627_sennoksk_04_cs1w1_700x394

Persekitaran dan penerokaan yang menakjubkan!

Walaupun game ini bukanlah open-world macam Witcher 3 dan sebagainya, game ini memberi pemain banyak peluang untuk meneroka dan mengalami pelbagai jenis pemandangan! Sepanjang perkembangan game ini, anda akan dapat mengalami suasana pelbagai tempat, daripada  perumahan bangsawan, sehingga ke perumahan nomad.

2015-12-29-025846

Tempat-tempat di dalam game ini cukup luas dan tidak linear – sesuai untuk melakukan sedikit pencarian harta karun yang tersembunyi di samping pengembaraan bangunan-bangunan dan keadaan sekeliling yang dibuat cukup untuk membuat kita terasa ibarat berada di dalam dunia itu sendiri. Map mini juga membantu dengan memberikan maklumat yang tepat mengenai sesuatu tempat, memudahkan lagi penerokaan di sekeliling persekitaran di dalam game ini.

2016-01-06-202950

Tambahan pula, dengan quest-quest yang diberi, anda diberi peluang untuk mengalami sendiri suasana-suasana di sekitar Erabonia. Selain daripada itu, anda juga mengalami suasana persekolahan dengan bercakap dengan NPC sekeliling dan berinteraksi dengan rakan-rakan menggunakan point bond untuk merasai suasana tersebut.

Jadi, secara konklusinya, BOLEH BELI  atau BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH -Boleh blah kalau korang jenis yang tak sabar time main game dan perlukan game yang terus masyuk dalam satu sesi pendek, sebab game ini mengambil masa yang lama, paling kurang 60 jam untuk habiskan dan ianya mengambil masa untuk betul-betul sampai ke bahagian yang betul-betul masyuk dalam game ini.

Tambahan pula, game ini mengekang perkembangan anda dengan mengunakan sistem masa berasaskan hari seperti Persona 3 dan 4, jadi, sekiranya anda tidak suka atau tidak mahir menguruskan masa di dalam game, baik elakkan.

BOLEH BELI – Boleh beli kalau korang suka game-game RPG style old-school, sebab banyak bahagian di dalam game ini yang menyerupai game-game RPG di zaman dahulu kala, jadi sudah pasti anda akan dapat enjoy game ini dengan sebaik mungkin. Tambahan pula, game ini amat panjang, bermakna terdapat banyak benda yang kita boleh buat dalam game ini, jadi pada sesiapa yang ambil kisah pasal nilai masa bermain bagi setiap game yang diorang main, game ini pasti akan menjadi satu pembelian yang berbaloi untuk anda!

Huge plus kalau korang suka stail anime dalam game korang, dan juga sukakan elemen-elemen sosial dalam game, kerana ada bond event yang dapat mengeratkan hubungan anda dengan rakan-rakan sekelas dan seperjuangan anda, di samping rekaan karakter yang cantik dan menarik. Jadi, anda boleh pilih waifu kesayangan anda dan berinteraksi dengan diorang, di samping menempa hubungan persahabatan dengan rakan-rakan anda yang lain.

Memerlukan pemain untuk meluangkan masa untuk grinding lebih
Pacing cerita yang lambat

+ Interaksi antara karakter yang menarik dan mengasyikan.
+ Sistem perlawanan dan customization yang best dan mendalam.
+ Reka bentuk karakter yand menarik dan cantik.
+ Persekitaran dan penerokaan  yang menakjubkan.

Written by Afiq Phirinko

Guest-writer untuk site JomGaming.my, juga seorang pelukis amatur yang suka main game JRPG dan aksi, di samping meminati superhero Jepun.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Sony Keluarkan Senarai Game Paling Banyak Dimuat-Turun di PS Store Pada 2015

Bloodstained: Ritual of the Night: Feedback Korang Diperlukan!