in , , ,

Legend Kegemaran Ramai Kini Boleh Dimainkan Di Apex Legends Mobile

EA dan Respawn Entertainment telah melancarkan sebuah kemaskini terbaharu dalam Apex Legends Mobile yang digelar Underworld.

Kemaskini ini membawakan bermacam kandungan baharu. Antara yang menjadi tumpuan adalah Legend kegemaran ramai di PC dan konsol, Revenant kini dibawa masuk ke versi mobile.

Mengikut lore-nya, Revenant, yang mendapat jolokan Synthetic Nightmare, pernah menjadi seorang manusia. Namun, dia kini telah bertukar menjadi satu makhluk ngeri campuran besi dan sekelumit daging.

Abiliti pasifnya adalah Stalker: berupaya berjalan menunduk (crouch-walk) dengan lebih pantas serta mampu memanjat dengan lebih tinggi berbanding Legend lain.

Abiliti aktifnya pula adalah Silence: memiliki peranti yang apabila dicampak akan memberikan damage kepada musuh serta mematikan abiliti musuh dalam jangka waktu singkat.

Abiliti ultimatenya pula Death Totem: mampu mengeluarkan totem yang mana sesiapa memakainya akan terlindung daripada mati dalam jangka masa pendek. Tidak akan terbunuh atau downed, pemakainya akan diteleport ke totem itu dan mendapat nyawa tambahan apabila terkena critical damage.

Sebagai penambahan kepada abiliti-abiliti Revenant ini, beberapa Legend Perks akan diperkenalkan juga. Antaranya ialah Death Stalker, yang akan meningkatkan kelajuan berjalan menunduk; Zombie Siphon, yang akan mengembalikan HP apabila berjaya knock musuh ketika masih dalam efek Death Totem; dan banyak lagi.

Selain itu, kemaskini Underworld ini juga akan menampilkan satu event baharu yang dipanggil Nightmare Begins yang akan membawakan dua mode baharu iaitu Airdrop Escalation dan Second Shot.

Airdrop Escalation adalah mode di mana kekerapan airdrop akan ditingkatkan dan memberikan senjata lebih lengkap.

Second Shot pula merupakan mode di mana pemain dibenarkan revive dalam kadar segera. Sesuai untuk membalas dendam terhadap musuh yang berjaya knock korang tapi melakukan kesilapan dengan tidak menamatkan terus riwayat korang.

Tidak dilupakan juga, kemaskini Underworld ini turut menampilkan Battle Pass serba baharu.

Korang boleh baca patch notes penuh untuk kemaskini ini di sini.

Semua kandungan ini korang boleh mainkan secara percuma dalam Apex Legends Mobile di iOS dan Android.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apex Legends Mobile telah dinobatkan sebagai game terbaik tahun 2022 di kedua-dua Apple App Store dan Google Play Store.

Di samping itu, Apex Legends Mobile turut tersenarai dalam kategori game mobile terbaik untuk The Game Awards 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Reboot Siri Uncharted Dilaporkan Dalam Pembikinan, Tapi Bukan Dari Naughty Dog

Gabe Newell: "Xbox Series X Lebih Bagus Daripada PlayStation 5"

Gabe Newell Kata Tak Perlu Perjanjian Formal Dengan Microsoft Untuk Bawa Call of Duty Ke Steam