in , , , ,

LEFT ALIVE: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

Metal Gear: Russia!

Left Alive merupakan sebuah spin-off bagi game keluaran Square Enix iaitu Front Mission; sebuah tactical RPG yang mendapat sambutan suatu ketika dahulu. Ia dibangunkan oleh sebuah studio baru, Ilinx yang dianggotai nama-nama veteran seperti Toshifumi Nabeshima (Armored Core), Shinji Hashimoto (Final Fantasy, Kingdom Hearts) & juga Yoji Shinkawa (Zone of the Enders).

Left Alive akan membawa pemain menyelami kisah 3 watak utama dalam usaha mereka menyelamatkan diri daripada penaklukan Republic of Garmoniya, pada tahun 2127. Peperangan pada zaman ini umumnya akan menggunakan jentera berat (Bayangkan Metal Gear atau Battletech) yang dikenali sebagai Wanzer.

BBoBB - Left Alive
Olga Kalinina, salah seorang watak utama dalam Left Alive

Watak-watak ini adalah Mikhail Shuvalov yang merupakan pemandu Wanzer terakhir daripada battalion beliau. Watak yang ke-2 pula adalah Olga Kalinina, seorang anggota polis yang sedang melakukan penyiasatan penduduk-penduduk yang hilang secara misteri dan Leonid Osterman, seorang banduan yang berjaya meloloskan diri dari penjara ketat.

BBoBB - Left Alive

Gameplay Left Alive terasa amat janggal, kadangkala pilihan yang dibuat oleh pihak developer membuatkan kita terasa seperti bermain permainan video dari era PS2. Animasi juga terasa kekok dan keras, membuatkan pertarungan yang kita hadapi tidak menarik dan ada kalanya menyusahkan. Rekaan dunia untuk ditempuhi pemain juga agak linear, tidak membantu pemain untuk mencuba pelbagai cara untuk melepasi halangan yang ada.

KEPUTUSAN – BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

BBoBB - Left Alive

Jika difikirkan, Left Alive sememangnya hadir dengan idea yang cukup menarik, dengan memasukkan gameplay ala Metal Gear ke dalam dunia Front Mission disertakan rekaan seni dari Yoji Shinkawa. Malang sekali, ianya gagal mencapai tahap yang diingini ramai dengan masalah rekaan game itu sendiri yang janggal. Mungkin jika diberikan dana yang lebih besar dan masa lebih lama untuk disiapkan, ia mampu berdiri setanding dengan siri Metal Gear atau Splinter Cell.

+ Rekaan seni yang cukup menarik dari Yoji Shinkawa
+ Penulisan cerita & watak-watak boleh dikira menarik

Masa loading yang panjang
Musuh mempunya nyawa yang terlalu banyak(bullet sponge)
Kawalan yang janggal dan perlahan
Gagal memberikan gameplay menarik seperti yang dipromosi

Left Alive boleh didapati di PlayStation 4 dan PC mulai 5 Mac 2019

What do you think?

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kerajaan Akan Bangunkan Esports League Untuk Cungkil Bakal Muda Dalam Industri Ini

Apex Legends Capai 50 Juta Pemain Dalam Sebulan, Fortnite Ambil Masa Lebih 16 Minggu