in ,

Left 4 Dead 3: Kembali Dari Development Limbo!

Ada rumor mengatakan game co-op multiplayer melawan zombies Left 4 Dead 3 sedang dalam pembikinan! Betul ke nih?

Dua game Left 4 Dead telah didevelop hasil kerjasama Valve Corporation dan Turtle Rock Studios. Apabila Turtle Rock Studios keluar dari usahasama ini pada Februari lepas, ramai fans yang menjangkakan series Left 4 Dead ini akan terkubur buat selamanya!

Walaubagaimanapun, seorang bekas pekerja Valve tampil memberikan tips secara anonymous! Beliau mengesahkan bahawa memang Valve sedang membikin siri ketiga bagi francais Left 4 Dead ini! Walaupun tiada release date rasmi yang diumumkan, ianya dijangka akan mula dijual lewat 2016 ataupun awal 2017!

Left 4 Dead 3

Sumber tersebut juga mengatakan Left 4 Dead 3 akan menampilkan storyline sekuel-prekul kepada Left 4 Dead 2 yang berlaku sebulan selepas jangkitan penyakit zombie itu mula merebak! Game itu juga khabarnya akan mempunyai 4 survivors baru yang boleh korang mainkan di dalam 6 campaign mode!

Terdapat juga rumor yang mengatakan development team di Valve  sedang mengerjakan program VR bagi Left 4 Dead 3 ini nanti!

Samada benar ataupun rumor kosong, sama-sama kita nantikan.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Need For Speed: Segala Content & DLC Akan Datang Adalah Percuma?

PES 2016: SEA Champions League Sudah Sampai Ke Separuh Akhir!