in , , ,

Lebih RM400 Ribu Diperlukan Untuk Level-Up Karakter Diablo Immortal Ke Tahap Maksimum

Diablo Immortal baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu, dan kini game game MMOARPG percuma terbaharu daripada Blizzard itu telah menerima kecaman yang amat teruk.

Di Metacritic, para peminat yang kecewa telah mengebom laman Diablo Immortal dengan memberikan markah yang paling rendah. Ketika artikel ini ditulis, markah yang dicatat di laman itu adalah 0.7 per 100.

Sebab utama mengapa game ini menerima kecaman begitu teruk adalah langkah Blizzard dalam membawakan elemen “pay-to-win” ke dalam francais kesukaan ramai ini.

Menurut analisis yang dibuat Bellular News, mana-mana pemain tidak akan dapat mencapai ke level maksimum dalam game ini tanpa berbelanja dengan wang sebenar kerana loot dengan tier tertinggi hanya boleh didapati dengan membeli Legendary Gems.

Analisis ini mendapati bahawa untuk mencapai ke level paling tinggi dalam game ini, pemain perlu berbelanja sehingga USD110,000 (~RM483,000).

Lebih menyakitkan, Legendary Gems tidak boleh dibeli secara terus walaupun menggunakan wang sebenar, sebaliknya hanya boleh didapati dalam Legendary Crests, iaitu loot box yang memberikan pemain item secara rawak (random).

Ada juga kajian di Reddit mendapati satu stat sahaja dalam game ini memerlukan belanja sebanyak USD50,000 (~RM219,000) untuk memperolehnya.

Menurut VGC, disebabkan unsur perjudian dalam loot box ini, Diablo Immortal sudahpun dibuang dari negara Belgium dan Belanda. Seperti ramai sedia maklum, kedua-dua negara ini amat agresif dalam membendung isu perjudian dalam game.

Diablo Immortal kini dilancarkan di beberapa negara untuk PC dan mobile. Namun, game ini masih belum dilancarkan di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pemain Ini Cipta Elden Ring Untuk Game Boy, Dan Korang Boleh Mainkannya Di Browser

F1 Manager 2022 Akan Dilancarkan Ogos Ini, Saksikan Trailer Gameplay – Kita Main Sebagai Team Principal