in , , , ,

Lebih Daripada Satu Juta Pemain Masih Bermain Borderlands 2 Setiap Bulan

Penerbit Borderlands, Take-Two Interactive telah mengumumkan bahawa siri game shoot-and-loot itu sekarang mencapai jualan sebanyak 43 juta salinan merangkumi ke semua siri game ini.

2K Games yang dimiliki oleh Take-Two menambah bahawa Borderlands 2 sahaja telah mencapai sebanyak 20 juta salinan. Pihak pengurusan mengatakan game itu masih dimainkan lebih daripada satu juta pemain setiap bulan, yang mana merupakan satu pencapaian yang bagus bagi game yang dikeluarkan pada tahun 2012.

Dengan 20 juta salinan bagi Borderlands 2, jumlah 23 juta pula merangkumi game-game Borderlands yang telah dikeluarkan. Ia merangkumi Borderlands 1 dan Borderlands: The Pre-Sequel, walaupun ia tidak jelas sama ada jumlah itu termasuk sekali dengan game Tales from the Borderlands atau versi iOS iaitu Borderlands Legends. Manakala, Borderlands: Game of the Year Edition telah dilancarkan pada bulan April lalu.

Borderlands 3 akan hadir pada bulan September untuk platform PS4, Xbox One dan PC.  Take-Two menjangkakan game sekuel ketiga akan mendapat penerimaan yang lebih baik oleh peminat daripada dua game yang sebelumnya.

Sumber: Gamespot

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ghost Recon: Breakpoint Memerlukan Sambungan Internet Sepanjang Masa, Tiada Mode Offline

Filem Mortal Kombat Terbaru Bakal Masuk Pra-Produksi, Diterbitkan Oleh Pengarah Aquaman, Fast 7