in

Lebih Daripada 10 Game Baru Akan Diumumkan Di The Game Awards 2018 Pada Minggu Depan

The Game Awards merupakan antara majlis anugerah dalam industri gaming yang paling berprestij. Sejak beberapa tahun diadakan, ia bukan sahaja memberikan penghargaan kepada penggiat industri dalam bentuk anugerah, malah turut mengumumkan beberapa game baru serta memperlihatkan gameplay-gameplay baru.

Untuk edisi tahun ini, nampaknya ia akan mengangkat anugerah ini ke satu tahap yang baru. Penerbit dan hos The Game Awards, Geoff Keighley mengatakan yang akan ada lebih daripada 10 game baru akan diumumkan dalam majlis yang bakal berlangsung pada minggu hadapan itu. Selain itu, juga seperti tahun-tahun lalu, ia akan disajikan dengan beberapa perkembangan terbaru untuk game-game yang telah diumumkan sebelum ini.

The Game Awards 2018 akan diadakan pada 7 Disember, 9.30am (waktu Malaysia) dan akan bertempat di Microsoft Theatre di Los Angeles, California.

Tahun ini, God of War dan Red Dead Redemption 2 mempunyai pencalonan tertinggi dan kita bakal menyaksikan pertarungan sengit antara kedua-dua game ini untuk merebut anugerah utama, Game of the Year.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Razer Umum Sebagai Rakan Kerjasama Esports Untuk Sukan SEA 2019 Di Filipina

Razer Umum Sebagai Rakan Kerjasama Esports Untuk Sukan SEA 2019 Di Filipina

Red Dead Online: Progress Dalam Sesi Beta Mungkin Boleh Hilang Apabila Dilancarkan Sepenuhnya Nanti