in , , ,

Lebih Banyak Aksi Ganas, Tembak-Menembak, Power Hebat Dalam Trailer Gameplay RAGE 2!

Ahh, tiada aksi game seindah aksi tembak-menembak dan mengamuk menggunakan kuasa luarbiasa dalam dunia pasca-apokalips RAGE 2!

Game open-world id Software dan Avalanche Studios – RAGE 2 telah dibuka demonya untuk dimainkan di Gamescom baru-baru ini. Untunglah DualShockers berjaya memainkan dan merekod video gameplay!

Walaupun permulaan video ini kelihtan hambar dengan tutorial dan sebagainya, tutorial ini mempamerkan keupayaan dan power-power yang ada apabila korang mengaktifkan Nanotrite! Pada minit ke-4, kita dibawa ke gameplay sepenuhnya dengan aksi tembak-menembak dan penggunaan kuasa Nanotrite!

Tak cukup dengan video gameplay di atas, Bethesda juga menerbitkan video trailer gameplay rasmi mereka. Korang boleh saksikan kehangatan gameplay RAGE 2 tersebut di dalam video di bawah juga:

RAGE 2 akan diterbitkan bagi platform PC, Xbox One, dan PS4 antara Mac-Jun 2019 nanti.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Keretapi Istimewa Bertemakan Pokemon Let’s Go Pikachu & Eevee Muncul Akhirnya!

Cyberpunk 2077: Saksikan 48 Minit Gameplay Pertama Yang Dikeluarkan Secara Rasmi!