Epic Games telah berkongsikan statistik ringkasan untuk apa yang berlaku di Epic Games Store sepanjang tahun 2020.
Epic Games memulakan review tahunan ini dengan mengumumkan bahawa pemberian game percuma secara mingguan akan diteruskan sepanjang tahun 2021.
Apa yang telah dicapai Epic Games Store (EGS) sepanjang 2020 sememangnya cukup menarik. Mereka mendedahkan bahawa EGS kini sudah mengumpulkan lebih daripada 160 juta pemain PC yang berdaftar dengan platform itu.
Sepanjang 2020, mereka menawarkan 103 game berbeza secara percuma untuk pemain ambil dan masukkan ke dalam akaun masing-masing. Sekiranya semua game yang diberikan secara percuma ini diambil sepanjang tahun lalu, setiap seorang telah diberikan sejumlah game percuma yang bernilai USD2,407 (sekitar RM9,756).
Ia kemudiannya menyaksikan sebanyak 749 juta unit game percuma telah ditebus secara keseluruhan oleh semua pemain sepanjang 2020 di EGS.
Para pengguna EGS telah membelanjakan lebih USD700 juta (sekitar RM2.8b) pada tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, USD265 juta (sekitar RM1.07b) dibelanjakan kepada game pihak ketiga (bukan terbitan Epic Games).
Epic Games turut mengumumkan 10 buah game paling popular di platform itu pada tahun lalu, iaitu:
- Assassin’s Creed Valhalla
- Satisfactory
- Fortnite
- SnowRunner
- Godfall
- Borderlands 3
- Rocket League
- Tony Hawk’s Pro Skater 1+2
- Grand Theft Auto V
- Rogue Company
Korang boleh lihat sendiri statistik yang dikeluarkan Epic Games ini di pautan ini.
Comments
Loading…