in ,

Lebih 50 Juta PS4 Berjaya Terjual, Purata Setiap Pemilik Mempunyai 7 Buah Game

Nampaknya Sony sangat berpuas hati dengan prestasi jualan konsol PlayStation 4 setakat ini.

Sony telah pun mengumumkan sebanyak 50 juta PS4 telah berjaya dijual seluruh dunia sejak ia diumumkan pada 3 tahun lalu. Ini merupakan sebuah pencapaian yang boleh dikira sebagai memberangsangkan memandang jualan konsol terbaik bagi Sony adalah PS2, yang berjaya mencapai sebanyak 155 juta jualan.

Syarikat gergasi tersebut telah menyatakan bahawa jualan game untuk konsol PS4 (fizikal dan digital) juga menunjukkan perkembangan positif dengan mencecah angka 359.6 juta. Ini meletakkan secara purata bahawa setiap pemilik PS4 mempunyai sebanyak 7.4 game.

Dengan jualan hujung tahun yang semakin dekat, pastinya Sony menjangkakan angkat ini akan meningkat lagi.

Agak-agaknya berapa game sudah pembaca-pembaca JomGaming kumpul untuk konsol PlayStation 4 ye? 🙂

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA Online 3: Liga Cyber Malaysia – 10 Cyber Cafe Akan Hantar 4 Wakil Terbaik Mereka

Buat Hack Untuk Online Game? Bersedia Untuk Dipenjarakan Jika Korang Di Korea Selatan!