in ,

Lebih 350,000 Pelanggan Streamyx Akan Mendapat Naik Taraf Kelajuan Sebanyak 2 Kali Ganda

Hari ini, kita didedahkan dengan dua pelan Unifi baru oleh Telekom Malaysia (TM), iaitu pelan Unifi Turbo dan Unifi Basic.

Selain dua pelan Unifi baru ini, TM turut mengumumkan perancangan mereka untuk pelanggan Streamyx, atau dikenali kini sebagai Pre-Unifi.

Menurut laporan SoyaCincau, lebih daripada 340,000 pelangga Streamyx yang mempunyai liputan Unifi di kawasan mereka akan dinaiktaraf ke Unifi Fibre. Manakala, untuk lebih 350,000 pelanggan Streamyx yang tidak mempunyai liputan Unifi di kawasan mereka akan mendapat naik taraf kelajuan sebanyak dua kali ganda.

Kredit: SoyaCincau.

Walau bagaimanapun, apabila kita menambah kedua-dua bilangan pelanggan Streamyx yang disebut di atas, ia masih jauh dengan keseluruhan pelanggan Streamyx sedia ada, iaitu separuh daripada 2.3 juta pelanggan TM. Apabila ditanyakan perkara ini kepada pihak TM oleh SoyaCincau, TM mengatakan yang mereka akan terus melakukan yang terbaik untuk menambahbaik infrastruktur yang ada.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Liverpool FC Lancarkan Jersi Ketiga Untuk Musim 2018/19 Melalui Video Dari PES 2019

Fortnite Akan Boleh Dimainkan Di PlayStation Experience (PSX) SEA 2018