Tak boleh disangkal lagi, Free Fire terbitan Garena merupakan salah satu game shooter battle royale paling popular di mobile. Disebabkan bilangan pemain yang ramai, maka tidak terkejut sekiranya bilangan penipu (cheaters) juga adalah ramai.
Dalam satu video, Garena telah berkongsikan kepada para pemain tentang apakah tindakan yang telah mereka lakukan bagi membanteras penipuan (cheating) yang ada dalam Free Fire.
Antara angka yang didedahkan ialah mereka telahpun mengharamkan lebih daripada 30 juta akaun kerana menipu. Daripada jumlah itu, 31 peratus akaun diharamkan atas laporan dari pemain lain.
Di samping itu, Garena turut mendedahkan apakah jenis penipuan yang sering dilakukan oleh pemain yang menipu ini. Daripada 30 juta akaun yang diharamkan itu, 36% adalah mereka yang menggunakan bidikan automatik (auto-aim), diikuti tembakan menembusi dinding (through wall) (23%), teleport (17%), antenna (11%) dan lain-lain (13%).
Lebih menarik, terdapat lebih daripada 450 ribu akaun telah dihukum kerana secara sengaja bermain bersama penipu.
Korang biasa jumpa penipu dalam Free Fire?
Comments
Loading…