in , , , ,

Lebih 20 Minit Gameplay The Division Heartland Telah Tertiris

Lebih daripada 20 minit gameplay The Division Heartland telah tertiris, yang mana korang boleh saksikannya di Vimeo.

Video gameplay ini telah dibocorkan oleh salah seorang pemain yang sedang bermain versi percubaan tertutup game terbitan Ubisoft itu.

Malah, video penerangan dari salah seorang pembangun Ubisoft yang bercerita tentang game itu, serta memberikan amaran untuk tidak berkongsi apa-apa gameplay dari sesi itu, juga telah tertiris.

Ketua pereka game, Taylor Epperly menyatakan bahawa Heartland merupakan sebuah game open-world survival shooter. Ia berlatarbelakangkan sebuah pekan kecil di Amerika, iaitu Silver Creek. Terdapat mode co-op PvE dipanggil Expedition, serta satu lagi mode PvEvP dipanggil Storm yang mampu mengumpulkan sehingga 45 pemain.

The Division Heartland merupakan sebuah game percuma (free-to-play) untuk platform PC dan konsol. Heartland dikatakan sebagai sebuah game berasingan yang tidak memerlukan pengalaman dalam siri-siri sebelum ini, tapi akan menyajikan perspektif serba baharu dalam universe itu melalui latar belakang baharu.

Tidak banyak info yang didedahkan buat masa ini, selain hanya menyatakan ia berada dalam universe The Division, dibangunkan oleh studio Red Storm, dan akan dilancarkan sekitar 2021-2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Epic Games Store Mengacah Satu Game Percuma Misteri Bakal Hadir Minggu Depan

Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

Laman PlayStation Studios Di Steam Dilancarkan, Lebih 41 Game/DLC Diacah