Pemberian percuma Star Wars Battlefront II pada minggu lalu di Epic Games Store sememangnya cukup meriah, sehinggakan ada suatu ketika di mana server game itu menimbulkan sedikit isu kerana terlalu ramai pemain.
Terkini, EA telah mendedahkan berapakah jumlah pemain yang menebus game shooter tersebut — iaitu seramai lebih daripada 19 juta pemain.
Dalam tweet yang dikeluarkan, EA mengucapkan penghargaan kepada para pemain yang memberikan sokongan berterusan, walaupun kandungan terakhir game itu telahpun dilancarkan (iyalah, game percuma, siapa yang tak nak ambil).
Game apa pula yang korang mahukan diberi percuma di Epic Games Store seterusnya?
Comments
Loading…