PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan game multiplayer terbesar pada tahun 2017 dan beberapa hari yang lalu game itu telah membuat kemunculan di Xbox One melalui program Xbox One Preview.
Microsoft mengumumkan pada hari ini bahawa semasa PUBG boleh dimainkan di Xbox One, dalam masa 48 jam sahaja, lebih sejuta pemain telah mendarat di atas pulau untuk meraih kemenangan Winner Winner Chicken Dinner.
Jumlah itu kelihatan agak mengagumkan untuk mana-mana game multiplayer semasa pelancarannya pada minggu pertama, malah game itu masih lagi dalam program Xbox One Preview. Kejayaan besar PlayerUnknown’s Battlegrounds di PC secara jelasnya telah dibawa ke Xbox One.
Walaupun terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh pemain PUBG di Xbox One pada minggu pertama, Microsoft berjanji bahawa game itu akan terus menerima peningkatan, pengoptimuman dan kandungan baru seperti map padang pasir baru, Miramar yang mana baru-baru ini telah dilancarkan di PC.
Comments
Loading…