Artikel ini ditulis dan dikongsi oleh seorang sahabat kami, Waghih. Korang boleh baca artikel asal yang ditulis oleh beliau di lamannya yang menumpukan kepada berita League of Legends, Liga Lagenda.

Pengenalan

Adakah YeoChoeMi merupakan gadis pertama yang memasuki divisyen Challenger? Jom kita kenali gadis ini dengan lebih dekat. Menggunakan alias 여최미, yang bermaksud “Best Female Mid” atau Wanita Terhebat di Mid, beliau merupakan ‘streamer’ popular dari Korea Selatan yang kerap bermain sebagai Anivia dan Aurelion Sol sebagai Champion utama. YeoChoeMi berjaya menaiki ke divisyen Master pada bulan April (berdasarkan artikel dari The Rift Herald). 2 bulan sudah berlalu, beliau kini akhirnya sudah bergelar sebagai Challenger yang menempatkan gadis ini dalam golongan elit gamer untuk League of Legends.

Ini merupakan Ranked terkini YeoChoeMi berdasarkan daripada laman web OP.GG. Kebiasaannya beliau hanya bermain di posisi Middle atau Support sahaja. Memandangkan beliau pernah memasuki divisyen Platinum dan Diamond, tidak mustahil jika gadis ini mempunyai ‘skill-set’ yang diperlukan untuk masuk ke divisyen Challenger.

Kecaman Yang Diterima

Namun begitu, YeoChoeMi terpaksa menghadapi ‘haters’ ketika memulakan ‘stream’ di LoL. Ini kerana, tidak ramai penonton yang percaya gadis ini betul-betul menaiki divisyen Challenger sendirian, dengan mengatakan gadis ini hanya tunjuk ‘face cam’ dan rakan lelaki yang sebenarnya bermain dalam akaun tersebut. Walau bagaimanapun, YeoChoeMi membuktikan kritikan terhadap beliau adalah salah, apabila gadis ini ‘stream’ dengan menggunakan ‘mouse cam’ untuk menunjukkan yang dia benar-benar ada kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang Challenger.

Korang boleh tonton video di bawah ini, di mana YeoChoeMi berjaya memasuki divisyen Master, mendapat kedudukan betul-betul di atas SK Telecom Huni pada 2 bulan lepas.

Stigma Pemain Wanita Dalam Esports

Ini bukanlah kali pertama pemain wanita yang mempunyai kemahiran tinggi dalam esports menerima kecaman dan tidak dipercayai oleh komuniti gamers yang lain. Misalannya, pemain Overwatch iaitu Kim “Geguri” Se-yeon menerima kritikan keras pada permulaan kerjaya beliau sebagai gamer. Mereka mendakwa tiada gadis berumur 17 tahun yang mempunyai bakat yang sama seperti Geguri. Geguri kemudiannya bermain game ini secara ‘live’ untuk membuktikan ‘haters’ ini salah.

Geguri kini bermain untuk pasukan EHOME Spear.

Golongan wanita sebenarnya sudah lama bertapak dalam permainan League of Legends. Cuma bezanya korang jumpa atau tak jumpa. Sebagai contoh, Maria “Sakuya” Creveling sekarang ini merupakan pemain Support gantian untuk pasukan FlyQuest yang dulunya pernah bermain untuk pasukan Renegades di bawah nama “Remi”.

Maria “Sakuya” Creveling.

Kesimpulan

Sama ada korang percaya atau tidak dengan cerita ini, bagi admin tidak mustahil jika YeoChoeMi berusaha sendiri untuk memasuki divisyen Challenger. Lagipun beliau duduk di Korea Selatan, di mana penerimaan game itu sendiri diangkat tinggi oleh warga tempatan serta diiringi dengan nilai kompetitif yang tidak wujud di tempat lain.

Ia tidak menjadi masalah untuk gadis ini sebenarnya belajar daripada golongan profesional untuk mengembangkan lagi bakat sedia ada. Siapa tidak cemburu jika seorang gadis berjaya menjadi golongan elit Challenger dan bermain lebih baik daripada sesetengah pemain lelaki yang lain. Apa-apa pun tahniah kepada YeoChoeMi yang juga menerima gelaran sebagai ‘Isteri Froggen’ kerana bermain Anivia dalam kebanyakkan game Ranked beliau.

Nota Tambahan:

Sekiranya berminat nak kaji lagi, korang boleh cari YeoChoeMi di bawah alias 여최미. Beliau ada juga akaun Youtube sendiri, namun kesemuanya ditulis dalam bahasa Korea. Ada juga video tambahan daripada Today on the Korean Server di bawah ini:

JomBaca: League of Legends: Nasib Champion Yasuo!

JomKomen!