in , ,

League of Legends: Nasib Champion Yasuo!

Artikel ini ditulis dan dikongsi oleh seorang sahabat kami, Waghih. Korang boleh baca artikel asal yang ditulis oleh beliau di lamannya yang menumpukan kepada berita League of Legends, Liga Lagenda.

Pengenalan

Semenjak sistem 10 ‘ban’ telah diperkenalkan dalam permainan kasual dan juga Ranked pada 2 atau 3 minggu lepas, kadar ‘ban’ Yasuo melonjak kepada 40 peratus berdasarkan analisa daripada LoLalytics. Hampir separuh daripada kesemua perlawanan yang ada, sudah semestinya Champion Yasuo berada dalam senarai ini. Persoalannya, adakah beliau terlalu ‘power’ sehingga ditakuti oleh semua rakyat jelata Summoner’s Rift?

Inilah nasib yang menimpa Champion ini, kedua-dua pasukan (biru dan merah) sentiasa akan mencari peluang untuk ‘ban’ Yasuo selagi boleh.

Yasuo boleh dibahagikan kepada dua kategori:

a) Pro/fed/fat/berisi/kenyang – sememangnya mahir dengan mekanik Yasuo, pandai dalam kemahiran ‘itemisation’ mengikut situasi dan tahu kelemahan dan kekuatan sesuatu musuh jika menggunakan Yasuo. Pemain sebegini agak ‘rare’ kerana penggunaan Yasuo memerlukan penguasaan taktikal dan strategi perlawanan yang tinggi jika mahu menggunakan sepenuhnya kuasa atau ‘skill-set’ yang ditawarkan oleh Champion ini.

b) Feed/Bonobo/Noob – kebiasaannya pemain Yasuo secara ‘majoritinya’ tergolong dalam kategori ini. Kebanyakkan dari mereka hanya tahu menggunakan Yasuo sehingga mampu mendapat Champion Mastery Tahap 7. Namun apabila tiba dalam perlawanan sebenar, mereka tidak ‘perform’, malahan menyumbang kepada kadar kematian yang tertinggi untuk sesebuah pasukan. Ini menjadikan Champion Yasuo dianggap sebagai ‘taboo’ dan ‘troll-pick’, lebih-lebih lagi dalam perlawanan Ranked.

Bak kata orang, inilah ‘typical Yasuo Player’

Bagaimana kalau Yasuo tu hebat?

Ha, pemain Yasuo yang baik merupakan antara Champion yang paling susah nak lawan dalam LoL. Dia tergolong dalam kategori Champion susah seperti Fiora, Riven dan Lee Sin. Dalam sudut pandangan lain, dia sememangnya terlalu dahsyat, namun tidak semua mampu menggunakannya dengan baik. Walau bagaimanapun, ada sebilangan pemain LoL sebenarnya tahu bagaimana untuk ‘counter’ Yasuo. Oleh yang demikian, kadar ‘ban’ Yasuo sebenarnya menurun jika korang semua naik dari divisyen lain kepada yang lain.

Kadar ‘ban’ Yasuo adalah berbeza mengikut Divisyen/Ranked.

Bagi pendapat admin, penggunaan Yasuo tidak diterima dengan baik terutamanya untuk divisyen Bronze sehinggalah ke Gold. Divisyen Platinum pula saya anggap sebagai ‘buffer zone’ di mana penggunaan Yasuo adalah neutral. Naik divisyen seperti Diamond dan ke atas, barulah sebenar-benarnya sedap kalau korang memang nak ‘spam’ Yasuo sebagai ‘1 trick pony’ sebab kadar ‘ban’ semakin rendah.

Untuk pemain ‘low elo’?

Kenapa pemain ‘low elo’ takut dengan Yasuo? Ada dua senario yang boleh kita bincangkan. Pertama, mereka menganggap Yasuo terlalu OP dan tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk melawan Champion Yasuo ini. Satu lagi situasi di mana, Yasuo yang digunakan oleh rakan sepasukan terlalu lemah/feed jika hendak dibandingkan dengan Yasuo yang digunakan oleh pihak musuh. Sebab itulah, penggunaan Yasuo oleh rakan sepasukan akan sering dianggap sebagai beban kerana purata kadar bunuh/kematian/bantuan atau kill death assists (kda) untuk Champion ini lebih menjurus ke arah kematian (feed).

Tolong Nerf Yasuo!

Nerf ini sudah diberi kepada Champion Yasuo, di mana ‘skillshots’ Q iaitu Steel Tempest (Q) hanya bertahan selama 6 saat (dulu 10 saat) jika ianya di ‘stack’ kan. Kelemahan ketara ini menyebabkan ia agak sukar untuk beliau mengekalkan tornado sedia ada. Setelah beberapa minggu, kadar kemenangan Yasuo hampir turun di bawah paras 50% berbanding 53% pada Patch yang lepas.

Dengan itu, korang tak perlu ‘takut’ lagi dengan Yasuo.

Meh, Saya bergurau je. HAHAHAA (gelak jahat). Untuk kali kedua, seeloknya ban saja Champion ini untuk selamat. Bertabahlah wahai ‘Yasuo Main’.

JomBaca: League of Legends: Jacket Challenger LoL 2016 Sudah Mula Dihantar!

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Developer Kongsi Demo Bagi Enjin Grafik Beyond Good and Evil 2

Developer Kongsi Demo Bagi Enjin Grafik Beyond Good and Evil 2

Square Enix Kongsi Tutorial Cara Bertarung Bagi Dissidia Final Fantasy NT!