Organisasi yang fokus kepada analisis dalam industri gaming, SuperData telah mengeluarkan statistik yang baru. Kali ini, analisis yang dikeluarkan adalah berkaitan dengan apa yang telah berlaku sepanjang separuh masa pertama untuk tahun 2017.

Dalam kedudukan di tiga platform gaming utama yang dikeluarkan, statistik daripada SuperData boleh dikatakan mengejutkan sesetengah pihak. Antara data yang paling menarik dikeluarkan dalam laporan ini adalah kedudukan 10 video game teratas yang paling memperoleh pendapatan tertinggi dari Januari hingga Jun 2017.

League of Legends mengungguli carta PC master race. Ia diikuti oleh Dungeon Fighter Online, Crossfire dan Fantasy Westward Journey II.

Untuk platform konsol pula, game bola sepak yang cukup popular di seluruh dunia berada gah di kedudukan teratas. Di tangga kedua pula inilah yang bakal mengejutkan ramai pihak. Ia bukanlah game esports, malah bukanlah game yang baru dikeluarkan pada tahun ini – iaitu Grand Theft Auto V. Dikeluarkan pada tahun 2013, ia masih lagi menjadi antara game yang memperoleh pendapatan tertinggi pada separauh masa pertama 2017. Ia kemudian diikuti oleh Battlefield 1 dan Call of Duty: Infinite Warfare.

Kemudian kita beralih kepada platform mobile pula. Game dari China, Honour of Kings mengukuhkan kedudukan di nombor satu. Fantasy Westward Journey, Monster Strike, Clash Royale dan Clash of Clans melengkapkan kedudukan 5 teratas dalam platform ini.

Sebuah lagi game yang sebenarnya layak untuk disebut adalah game keluaran Blizzard, iaitu Overwatch. Game bergenre team shooter ini mengesahkan mengapa ia adalah antara game paling popular masakini. Overwatch berada di kedudukan ke-8 di platform PC, manakala di kedudukan ke-10 di platform konsol.

Korang boleh lihat senarai penuh kedudukan 10 game paling laris untuk tahun 2017 setakat ini di platform PC, konsol dan mobile di bawah:

PC

  1. League of Legends
  2. Dungeon Fighter Online
  3. Crossfire
  4. Fantasy Westward Journey II
  5. World of Warcraft
  6. World of Tanks
  7. DotA 2
  8. Overwatch
  9. Counter Strike: Global Offensive
  10. New Westward Journey Online II

Konsol

  1. FIFA 17
  2. Grand Theft Auto V
  3. Battlefield 1
  4. Call of Duty: Infinite Warfare
  5. Tom Clancy’s Ghost Recon: Wildlands
  6. Call of Duty Black Ops II
  7. Destiny
  8. Madden NFL 17
  9. NBA 2K17
  10. Overwatch

Mobile

  1. Honour of Kings
  2. Fantasy Westward Journey
  3. Monster Strike
  4. Clash Royale
  5. Clash of Clans
  6. Game of War: Fire Age
  7. Lineage 2 Revolution
  8. Mobile Strike
  9. Onmyoji
  10. Fate/Grand Order

Jadi, apa pula jangkaan korang untuk separuh masa kedua bagi tahun 2017? Apakah game-game 2017 yang masih belum dikeluarkan yang bakal menggegarkan industri gaming untuk tahun ini? Atau mungkin kedudukan ini akan terus kekal hingga penghujung tahun?

Kongsikan pendapat korang dalam ruangan komen di bawah.

JomKomen!