in , , , , ,

Lara Croft Bakal Kembali Dalam Shadow Of The Tomb Raider, Tarikh Pelancaran Diumumkan

Sudah hampir masanya untuk melihat kebangkitan Lara Croft yang sebenar.

Setelah pelbagai khabar angin dan leak melanda tentang game Tomb Raider seterusnya, Square Enix secara rasminya mengumumkan pengembaraan Lara Croft akan diteruskan dalam Shadow of the Tomb Raider.

Square Enix mengulas lebih lagi tentang Shadow of the Tomb Raider sebagai game yang bakal tonjolkan saat-saat penting bagi Lara Croft dalam perjalanannya untuk menjadi sebagai “Tomb Raider”.

Saksikan video acah terbaru Shadow of the Tomb Raider di bawah:

Untuk mengekalkan keterujuaan anda, Square Enix akan beri video pendedahan penuh untuk Shadow of the Tomb raider pada 27 April ini.

Shadow of the Tomb Raider bakal dikeluarkan secara serentak untuk PS4, Xbox One dan PC pada 14 September 2018.

Selain itu, filem terbaru Tomb Raider dibintangi Alicia Vikander sebagai Lara Croft sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Kami di JomGaming amat seronok melihat filem adaptasi video game dibikin secara bagus.

JomBaca ulasan penuh kami di sini: Dapatkah Filem Tomb Raider Memecah Sumpahan Buruk Filem Video Game?

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Geralt of Rivia Bakal Menemui Anda Di Gelanggang SoulCalibur VI

Apabila Ninja Dan Drake Bergabung Dalam Fortnite, Rekod Baru Di Twitch Tercipta