in , , , ,

Laporan Tertiris Baru Mengatakan Red Dead Redemption 2 Akan Keluar Pada 8 Jun – Betul Ke Bohong?

Coolshop, kedai dari Denmark telah membocorkan tarikh keluaran untuk video game keluaran Rockstar iaitu Red Dead Redemption 2.

Coolshop menyenaraikan Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan pada 8 Jun tahun hadapan. Apa yang menariknya, ini merupakan kedai online yang sama yang telah membocorkan tarikh keluaran game Grand Theft Auto V, lebih awal dari tarikh pengumuman rasmi yang dibuat oleh Rockstar. Sementara game Red Dead Redemption yang dahulu mempunyai tarikh keluaran yang berlainan, tarikh keluaran GTA V pula dikeluarkan serentak di seluruh dunia.

Berdasarkan trailer di atas, Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan pada musim bunga (Mac-Jun) tahun 2018, mungkin akan dikeluarkan pada awal bulan Jun. Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Gameinformer

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game-Game Terbaik 2017 Pilihan Penulis-Penulis JomGaming!

Saksikan 2 Pancaragam Ini Memainkan Lagu Tema God of War Semasa Waktu Rehat American Football