in , ,

Laporan Baru: 2 Game Battlefield Sedang Dibangunkan Oleh DICE – Bad Company 3 Dan Perang Dunia Kedua!

Dua game Battlefield sudah dalam perancangan – korang teruja tak?

Kalau korang mengikuti perkembangan game Battlefield akan datang, pastinya korang mengetahui tentang satu laporan pada minggu lalu. Youtuber AlmightyDaq pada mulanya telah menyatakan bahawa DICE sedang membangunkan Battlefield: Bad Company 3 yang mana ia akan menggunakan latar belakang semasa dan selepas Perang Vietnam, hinggalah kepada berakhirnya era Perang Dingin.

Bagi korang yang tidak mengenali Youtuber ini, beliaulah individu yang meniriskan info lengkap tentang Battlefield 1, beberapa bulan sebelum Battlefield 1 didedahkan secara rasmi oleh DICE.

Walau bagaimanapun, AlmightyDaq telah memuatnaik sebuah lagi video baru, yang mana kali ini ia memberikan info tambahan yang sedikit bercanggah dengan laporan awal beliau sebelum ini.

Beliau menyatakan bahawa DICE LA (dikenali sebagai Danger Close sebelum ini yang membangunkan Medal of Honor 2010 dan Warfighter) sedang membangunkan sebuah game Battlefield dan ianya adalah Bad Company 3. Manakala, DICE Sweden, iaitu studio “utama” DICE, pula sedang membangunkan game Battlefield yang bakal dikeluarkan pada tahun 2018.

Dalam erti kata lain, Bad Company 3 adalah game yang bukan dalam perancangan tahun 2018, kerana pada tahun itu, game yang lebih “besar” bakal dikeluarkan. Beliau berkata lagi yang Battlefield 2018 adalah bertemakan Perang Dunia Kedua (WW2).

Antara info yang telah dilaporkan AlmightyDaq tentang Battlefield 2018 adalah ia akan menyambung “kehebatan” yang telah dibawakan oleh Battlefield 1 – dan masukkannya pula ke dalam “atmosfera” WW2. Beliau menambah yang Battlefield 2018 akan menampilkan grafik yang mengagumkan, tetapi kekurangan “feel” dalam “permainan senjata”.

Seperti biasa, DICE akan membawakan Battlefield 2018 dengan map-map yang besar, dan ia akan menambahbaik destructions jika dibandingkan dengan BF1. Berkata tentang microtransactions pula, ia akan membawakan fungsi yang hanya berlegar dengan kosmetik, dan tidak mempengaruhi gameplay. Salah satu sebab daripada keputusan ini pastinya adalah pelajaran yang telah diambil dari Star Wars Battlefront II.

Akhir sekali, AlmightyDaq menyebutkan yang Battlefield 2018 masih lagi belum mempunyai judul yang kukuh. Korang boleh dengarkan laporan beliau ini dengan menonton video di bawah:

Apa pandangan korang tentang perkembangan francais Battlefield ini? Bad Company 3 atau latar belakang WW2 – mana satu yang korang mahukan terlebih dulu? Kongsikannya di ruangan komen.

JomBaca: EA Bawakan Kandungan Dari Star Wars Battlefront II Ke Dalam FIFA 18 Dan Battlefield 1

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Xbox One Tidak Lama Lagi Akan Membenarkan Pemain Untuk Menggunakan Party Chat Di Telefon Pintar

Bandai Namco Akan Adakan Livestream ISTIMEWA Untuk Dragon Ball FIghterZ Pada Awal Pagi Nanti