Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Di laman web rasmi PlayStation, bahagian khas untuk PS5 telahpun diwujudkan — persediaan untuk mendedahkan pelbagai butiran lanjut dalam masa terdekat.

Laman itu memaparkan “PlayStation 5 is coming” dan mengesahkan sekali lagi waktu pelancarannya ialah sekitar musim cuti hujung tahun 2020.

Di sebalik keterujaan ini, tiada sebarang pendedahan yang penting yang diumumkan di laman web itu setakat ini. Sony Interactive Entertainment menyatakan bahawa mereka sudah mula untuk berkongsi beberapa fungsi mengagumkan yang boleh pemain jangkakan daripada PS5, namun, mereka belum bersedia untuk pendedahan sepenuhnya tentang konsol generasi akan datang itu.

Mereka mengajak para pemain untuk mendaftarkan alamat emel untuk mendapatkan berita-berita terkini tentang PS5 termasuklah tarikh pelancaran, harga, dan senarai game pelancaran untuk konsol itu nanti.

Korang boleh lihat sendiri laman tersebut melalui pautan ini.

JomKomen!