in , ,

Laman PlayStation Studios Di Steam Dilancarkan, Lebih 41 Game/DLC Diacah

Laman rasmi PlayStation Studios di Steam kini telah pun dilancarkan. Dan nampaknya Sony telah mengacah para peminat dengan lebih banyak kandungan bakal tiba ke platform gaming terbesar PC itu.

Dari laman tersebut, atau korang boleh lihatnya dalam screenshot di bawah, ia menyenaraikan 41 game/DLC oleh syarikat itu. Namun, hanya 24 daripada kandungan tersebut boleh dilihat di laman itu buat masa ini.

Ketika artikel ini ditulis, hanya 3 game (berserta DLC masing-masing) yang ada di laman tersebut, iaitu Horizon Zero Dawn, Predator: Hunting Grounds dan Helldivers. Days Gone pula akan dilancarkan pada Selasa ini.

Berita ini sememangnya bukan sesuatu yang mengejutkan. Tahun lalu, Sony telah mendedahkan yang mereka berhasrat untuk membawa lebih banyak game PlayStation ke platform PC.

Apa agaknya game PlayStation seterusnya yang akan dilancarkan ke Steam?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Lebih 20 Minit Gameplay The Division Heartland Telah Tertiris

Tencent Umumkan Game Mobile Eksplorasi Planet/Angkasa Macam No Man’s Sky