in ,

Laman PlayStation Store Lama Sebenarnya Tak Ditutup Sepenuhnya, Boleh Diakses Di Web Browser

Sekitar Oktober 2020, beberapa minggu sebelum pelancaran PS5, Sony telah melancarkan PlayStation Store versi desktop yang berwajah baharu.

Ia bukan sahaja menampilkan antaramuka baharu dan menghilangkan beberapa fungsi yang ada dalam versi lama, tapi turut membuang secara senyap banyak game, termasuklah game-game PS3, PS Vita dan PSP.

Walau bagaimanapun, seseorang telah menemui bahawa Sony sebenarnya tidaklah menutup PlayStation Store yang lama itu sepenuhnya, dan beliau telah berkongsikan bagaimana untuk mengaksesnya.

Sony sebenarnya hanya menghilangkan beberapa fail HTML untuk menghalang pengguna daripada akses API-nya. Oleh itu, untuk mengakses laman web ini, pengguna boleh menggunakan satu plugin ini di web browser Firefox.

Korang boleh muat-turun plugin ‘Valkyrie PS Store’, yang dicipta oleh SilicaAndPina, melalui pautan ini. Ingat, hanya boleh diakses menggunakan web browser Firefox.

Melalui cara ini, korang boleh mengakses semula PlayStation Store versi desktop yang berwajah lama itu, berserta semua game yang ada sebelum itu.

Walaupun Sony telah melakukan pusingan-U dengan menarik balik rancangan mereka untuk menutup PlayStation Store di konsol PS3 dan PS Vita, mengakses semula laman web ini di Firefox adalah cara yang lebih mudah.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Respawn Entertainment Sahkan Mereka Sedang Bangunkan Game Serba Baharu

Francais Game The Witcher Kini Terjual Lebih 50 Juta Unit