in , , ,

Lagu Tema Kingdom Hearts III Adalah Hasil Kolaborasi Skrillex & Utada Hikaru

Diumumkan melalui laman Twitter Kingdom Hearts III, lagu tema bagi Kingdom Hearts III adalah hasil kolaborasi Skrillex dan juga Utada Hikaru.

Diberikan tajuk “Face My Fears”, lagu ini asalnya adalah percubaan Skrillex untuk melakukan remix bagi lagu Utada Hikaru yang baru-baru ini diterbitkan iatu “Don’t Think Twice”. Tetapi memandangkan Skrillex dan Utada berkawan, mereka mengambil keputusan untuk menghasilkan lagu yang baru!

Dikatakan juga, Skrillex merupakan salah seorang selebriti yang meminati siri asal Kingdom Hearts.

Kingdom Hearts III bakal diterbitkan pada 29 Januari 2019 bagi pelantar PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Kingdom Hearts III.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tournament Street Fighter V – Road To EVO Japan 2019 Tawarkan Hadiah Keseluruhan Bernilai RM30,000!

Selangor Cyber Games 2018 Tawarkan Hadiah Terkumpul RM250,000, 6 Game Akan Dipertandingkan!