Bulan lalu, Rockstar telah mengeluarkan playlist Original Soundtrack dari Red Dead Redemption 2 ke platform-platform digital, dan menjanjikan akan mengeluarkan pula Original Score tidak lama lagi.

Kini, Rockstar telahpun mengeluarkan playlist Original Score dari Red Dead Redemption 2 seperti yang dijanjikan. Korang boleh dengarkan playlist ini di Spotify dan Apple Music atau boleh membelinya di Amazon Music dengan harga USD7.99.

Apa beza Original Soundtrack dengan Original Score? Original Soundtrack ialah lagu-lagu sedia ada yang dibawa masuk ke dalam game, manakala Original Score pula ialah muzik yang digubah khas untuk disajikan ke dalam game.

Dalam review Red Dead Redemption 2, penulis mengatakan, “Sinematografi dan lagu dalam RDR2 adalah umpama isi dan kuku yang membuatkan game ini menyampaikan sebuah jalan cerita yang mampu membuat kita meremang, menggigil dan seterusnya menitiskan air mata.”

Red Dead Redemption 2 kini boleh dimainkan di PS4 dan Xbox One.

JomKomen!