in , , , , ,

Lagi Petunjuk Karakter Doomfist Dalam Overwatch! Blizzard Main Acah-Acah Di Twitter Pula!

Oh Blizzard, jangan mainkan perasaan kami sebegini.

Blizzard sekali lagi telah mengusik para peminat Overwatch dengan kemungkinan penampilan Doomfist dalam game ini. Kali ini, mereka main acah-acah di Twitter pula.

Dalam tweet tersebut, Blizzard telah menyatakan, “unit pertahanan OR15 telah dimusnahkan dengan pertempuran dengan penyerang yang tidak dapat dikenal pasti di lapangan terbang Numbani. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.”

Satu gambar turut dimuatnaik dengan kelihatan salah satu OR15 telah ketewasan seperti ditumbuk dan terhentak di dinding. Dan semestinya, para peminat berspekulasi bahawa ia ditumbuk oleh Doomfist.

https://twitter.com/PlayOverwatch/status/835157371106156544

Spekulasi ditumbuk oleh Doomfist ini pastinya timbul disebabkan sarung tanga Doomfist yang pernah ditunjuk oleh Blizzard dalam cinematic trailer sebelum ini:

Beberapa hari lalu, Blizzard telah memperkenalkan sebuah karakter baru, dan ianya bukan Doomfist. Efi Oladele, seorang saintis berumur 11 tahun daripada Numbani telah diperkenalkan.

Antara teori yang menarik adalah teori Doomfist yang kononnya mengaitkan Efi. Teori ini dikukuhkan lagi dengan melihat video origin story Sombra.

Melalui kemunculan teori ini, nampaknya harapan kita untuk melihat Terry Crews dalam Overwatch sebagai pelakon suara Doomfist masih lagi ada. Sama-samalah kita berharap.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Skrip Filem Uncharted Ditulis Sebagai Filem R-Rated Dan Dipenuhi Dengan Aksi-Aksi Gempak!

Skrip Filem Uncharted Ditulis Sebagai Filem R-Rated Dan Dipenuhi Dengan Aksi-Aksi Gempak!

Razer Blackwidow Chroma: Boleh Beli or Boleh Blah!

Razer Blackwidow Chroma: Boleh Beli or Boleh Blah!