in , ,

Lagi Eksklusif PlayStation, Days Gone Dilancarkan Ke PC Mei Ini – Photo Mode, Ultra-Wide, Grafik Lebih Baik

Sony dan Bend Studio telah mengumumkan bahawa Days Gone akan dilancarkan untuk PC pada 18 Mei 2021.

Versi PC ini akan menampilkan pelbagai penambahbaikan seperti sokongan monitor ultra-wide 21:9, unlocked framerate, visual dengan butiran yang ditingkatkan, pengubahsuaian grafik, photo mode dengan resolusi tinggi, sokongan input mouse/keyboard, serta sokongan controller PlayStation dan lain-lain seperti controller Xbox.

Korang boleh saksikan trailer di bawah untuk dapatkan gambaran apakah yang akan disajikan dalam Days Gone versi PC ini:

Days Gone boleh didapati di Steam dan Epic Games Store. Apa yang mengejutkan ialah harga yang ditawarkan adalah amat jauh berbeza. Steam menawarkan RM209, manakala EGS hanya USD21.49 (sekitar RM88).

Sebelum ini, Days Gone merupakan game eksklusif untuk PS4, dilancarkan pada April 2019. Baca reviu Days Gone kami di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kabaret: Game Novel Visual Dari Pembangun Malaysia, Bawakan Pelbagai Mitos Nusantara

Gabriel Luna Bawakan Watak Tommy Dalam The Last of Us HBO