Tuduhan-tuduhan seperti ini sudah tidak larat untuk kita dengar. Mengaitkan video game secara umum sebagai punca kepada peningkatan keagresifan anak-anak muda mungkin tidak akan pernah berhenti.

Terbaru, satu kajian telah mengesahkan yang game ganas mempunyai kaitan penyebab kepada keagresifan, lapor USA Today.
Analisis tersebut diterbitkan dalam “Proceedings of the National Academy of Sciences” yang dijalankan terhadap lebih daripada 17,000 individu yang berumur dari 9 tahun hingga 19 tahun, dari tahun 2010 hingga 2017. Analisis itu mereviu 24 kajian daripada beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Jepun.
Ia mencadangkan bahawa remaja yang bermain video game ganas akan meningkatkan risiko kepada kelakuan yang ganas. Jay Hull, ketua dalam kajian tersebut menyatakan “impaknya secara relatif adalah kecil, tetapi secara statistiknya boleh dipercayai.”
“Ramai yang bertanya, adakah game benar-benar menyebabkan kanak-kanak berkelakukan agresif? Saya akan katakan yang ia adalah salah satu daripada kemungkinannya,” kata Hull.
Kami fikir, mengatakan video game secara umum akan mengakibatkan kepada kelakukan remaja bertambah agresif berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap mereka yang di bawah umur yang bermain video game ganas adalah seperti sesuatu yang tidak masuk akal. Mengapa perlu membenarkan kanak-kanak berumur 9 tahun bermain game ganas?
Setiap game mempunyai rating yang tersendiri. Setiap game akan diletakkan label sama ada ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak di bawah umur ataupun tidak. Jadi, ia adalah tugas kepada ibu bapa atau penjaga dalam memastikan game-game yang remaja ini bermain adalah sesuai dengan mereka.
Pasti tidak sesuai membiarkan kanak-kanak bermain Grand Theft Auto atau God of War, ya tak?
Apa pula pandangan korang?
Comments
Loading…