Sebelum ini, sudah pun timbul khabar angin tentang Assassin’s Creed seterusnya mungkin akan menggunakan latar belakang Vikings.

Satu poster yang memaparkan seorang Assassin berpakaian seperti Vikings telah muncul dalam The Division 2. Pada ketika itu, ada juga info tentang game tersebut menggunakan nama kod “Kingdom”.

Terbaru, satu lagi laporan telah timbul di Reddit, berkongsikan beberapa isi dan gameplay yang akan dibawakan ke dalam game itu. Berikut ialah ringkasan daripada laporan terbaru ini:

  • Dahulunya menggunakan nama kod “Kingdom” tapi sekarang telah digelar “Ragnarok” — yang semestinya bertemakan Vikings.
  • Dilancarkan sekitar musim luruh 2020 (September-Disember).
  • Dikeluarkan untuk konsol generasi masakini dan akan datang (PS4/Xbox One dan PS5/Xbox Scarlett).
  • Gameplay akan mempunyai banyak persamaan dengan Odyssey, mechanics akan ditambahbaik dan memperluas elemen RPG.
  • Akan didedahkan dalam sebuah acara PlayStation pada Februari nanti.
  • Latar belakang sekitar tahun 800 Masihi, menampilkan peta Scandinavia serta England.
  • Boleh memilih watak lelaki atau wanita untuk dimainkan, tapi tiada impak kepada jalan cerita — sama seperti dalam Assassin’s Creed Odyssey.
  • Apa jua jantina yang dipilih, protagonis tetap bernama Jora.
  • Sistem Brotherhood bakal kembali, keupayaan merekrut NPC.
  • Gameplay di atas kapal di lautan tetap ada, namun tidak terlalu banyak pertempuran seperti dalam Black Flag atau Odyssey.
  • Alam dalam mitos Vikings akan menjadi elemen penting dalam game, yang mana pemain akan melawati Asgard atau Jottuneim. Odin dan Loki juga akan memainkan peranan penting dalam penceritaan.

Seperti biasa, khabar angin harus tetap dilayan seperti khabar angin. Masih tiada kata kukuh daripada sumber yang boleh dipercayai. Maka, baca boleh, percaya jangan lagi.

Walau bagaimanapun, sekiranya laporan ini sahih, pastinya menarik menggunakan tema Vikings, ya tak? Apa pandangan korang?

JomKomen!