in , , ,

Lagak Ngeri Paling Sukar Pernah Dilakukan, Kata Tom Holland Tentang Babak Kapal Terbang Filem Uncharted

Kurang daripada sebulan sahaja sebelum tayangan filem Uncharted bermula, dan kini Sony Pictures telah berkongsikan satu klip baharu di balik tabir.

Klip ini memfokuskan kepada pengalaman Tom Holland, yang membawakan watak Nathan Drake, ketika menjalani penggambaran, khususnya penggambaran untuk babak terjatuh dari kapal terbang yang sedang berada di udara.

Holland mendedahkan yang beliau tidak pernah melakukan lagak ngeri sebesar ini dalam mana-mana filem lain sebelum ini. Beliau turut mendedahkan yang babak terjatuh dari kapal terbang itu sahaja mereka ambil masa selama lima minggu untuk disiapkan, dan ia merupakan lagak ngeri paling sukar pernah beliau lakukan.

Saksikan video versi lebih panjang babak terjatuh dari kapal terbang itu di sini.

Filem Uncharted diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom.

Melalui kerjasama bersama Sony Pictures Entertainment, PlayStation Productions, dan Naughty Dog, filem ini dibintangi Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem Uncharted akan ditayangkan di pawagam pada 18 Februari 2022. Selepas tamat tayangan di pawagam, ia akan masuk ke Netflix, melalui satu perjanjian yang telah ditandatangani.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Katapat: Wordle Tapi Teka Perkataan Dalam Bahasa Melayu

Rasmi: Respawn Sedang Bangunkan 3 Game Star Wars – Sekuel Star Wars Jedi, First-Person Shooter, Strategi