in , , , , ,

L.A. Noire Versi Remaster Dilaporkan Akan Dikeluarkan Untuk PS4, Xbox One Dan Nintendo Switch

Khabar angin mengatakan video game L.A. Noire akan mendapat versi remaster dan ianya akan hadir ke konsol Nintendo Switch.

Pada bulan Januari lalu, Yan2295 melalui Twitter memberitahu bahawa L.A. Noire akan hadir ke Nintendo Switch dalam versi remaster.

Yan2295 telah mencipta reputasinya sebagai pemberi maklumat bocor yang bereputasi apabila ia berkaitan dengan Rockstar. Walaupun bunyinya masih belum disahkan lagi, ia tidak sepatutnya diabaikan begitu sahaja.

Khabar angin ini telah disokong oleh seorang lagi yang berkata bahawa versi remaster itu akan turut hadir ke PS4 dan Xbox One pada lewat musim panas (sekitar Jun hingga September).

ComicBook.com juga melaporkan bahawa terdapat tiga sumber asing yang berkaitan dengan Rockstar yang mengesahkan versi remaster sedang dalam pembikinan. Dan ia akan serasi dengan penggunaan VR dalam konsol PS4. Bukan itu sahaja, mode first-person juga akan ditambah untuk semua platform. Buat masa ini, kita perlu tunggu kata rasmi dari Rockstar tentang perkara ini.

L.A. Noire merupakan sebuah game bergenre neo-noir action adventure yang dibangunkan Rockstar, dilancarkan pada Mei 2011 untuk PC, PS3 dan Xbox 360.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 1: Map Lupkow Pass Dalam In the Name of the Tsar Akan Dilancarkan Sebulan Awal, Saksikan Gameplay Pertamanya

JomUnbox: Elgato Game Capture HD60 Pro – Capture Card Untuk Gamer Multi-Platform!