in , , , ,

Kylian Mbappe Kembali Sebagai Bintang Muka Depan FIFA 22, Trailer Pertama Pada 11 Julai

Setelah pertama kali menempatkan diri sebagai bintang muka hadapan untuk FIFA 21, penyerang sensasi asal Perancis ini kembali dalam game bola sepak keluaran EA Sports pada tahun ini.

Kylian Mbappe sekali lagi terpilih sebagai bintang muka hadapan untuk FIFA 22.

Perkara ini diumumkan oleh EA Sports dalam satu tweet, yang mana turut mendedahkan trailer pertama FIFA 22 akan diperlihatkan pada 11 Julai, jam 11.30 malam (waktu Malaysia) — beberapa jam sebelum perlawanan akhir UEFA EURO 2020 antara Itali menentang England.

Daripada poster yang dikongsikan, FIFA 22 nampaknya menggunakan ‘Powered by Football’ sebagai tagline.

FIFA 22 dijangka akan dilancarkan pada akhir September atau awal Oktober.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Semua Tentang The Witcher Yang Diumumkan Di WitcherCon – Musim 2 Netflix, Filem Anime, DLC Witcher 3, Komik, Banyak Lagi

Musim Pertama The Last of Us Terbitan HBO Akan Sajikan 10 Episod, Dedah Craig Mazin