in , , ,

Kylian Mbappe Diumumkan Sebagai Bintang Muka Hadapan FIFA 21

Siapa yang bakal menghiasi muka hadapan siri FIFA pada setiap tahun sentiasa dinantikan para peminat tegar. Kini, bergembiralah kepada peminat bintang muda dari Perancis ini.

Kylian Mbappe, penggemur utama Paris Saint-Germain (PSG) dan pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis, telah diumumkan sebagai bintang muka hadapan untuk FIFA 21 keluaran EA Sports.

Berita ini diumumkan bersama-sama dengan pembukaan pra-tempah untuk FIFA 21. Tiga edisi diumumkan iaitu Standard Edition, Champions Edition dan Ultimate Edition. Untuk butiran lanjut seperti harga, ganjaran atau ingin terus melakukan pra-tempah, korang boleh pergi ke laman rasmi FIFA 21.

Beli FIFA 21 di PS4/Xbox One, korang akan mendapat naiktaraf percuma untuk PS5/Xbox Series X. Baca sini untuk dapatkan butiran lanjut tentang program naiktaraf percuma ini.

FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One, serta akan dikeluarkan pula untuk PS5 dan Xbox Series apabila konsol itu dilancarkan pada hujung tahun ini.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Saksikan 2 Trailer Terbaru Watch Dogs: Legion, Akan Dilancarkan Pada Oktober

Buat Masa Ini, Ubisoft Kata Game PS5, Xbox Series X Mereka Tidak Dinaikkan Sehingga RM300

FIFA 21 Memperkenalkan FUT Co-Op, Tambahbaik Career Mode, Saksikan Trailer Pertama

FIFA 21 Memperkenalkan FUT Co-Op, Tambahbaik Career Mode, Saksikan Trailer Pertama