in ,

Kutipan Filem Box Office Hollywood Tetap Tak Boleh Kalahkan Kutipan VIdeo Game

Kalau kita tanyakan kepada masyarakat umum: mana satu yang lebih menguntungkan — bikin filem atau bangunkan video game? Pasti ramai yang akan menjawab bikin filem jauh lebih menguntungkan. Namun, hakikatnya tidak seperti itu jika kita pandangnya dari satu sudut ini.

Game paling ditunggu tahun ini, Red Dead Redemption 2 telahpun dilancarkan pada 26 Oktober lalu. Dan minggu lalu, pembangun game ini, Rockstar telah mengumumkan yang Red Dead Redemption 2 merupakan produk hiburan kedua tertinggi keuntungannya semasa pelancaran dalam sejarah. Red Dead Redemption 2 berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD725 juta di seluruh dunia dalam masa tiga hari pelancaran sahaja.

Di tangga pertama masih lagi kekal menjadi milik Grand Theft Auto V yang pernah mengaut keuntungan sebanyak USD1 billion dalam masa tiga hari pelancaran pada tahun 2013.

Mungkin kenyataan ini tidak ramai yang nampak dengan jelas sebenarnya. Tetapi, jika diperhatikan dengan teliti, ia semestinya boleh mengejutkan ramai yang selama menganggap membikin filem lebih menguntungkan berbanding membangunkan video game.

Kalau kita perhatikan, Rockstar menggunakan istilah “produk hiburan kedua tertinggi keuntungannya semasa pelancaran dalam sejarah”, dan bukan “video game kedua tertinggi keuntungannya semasa pelancaran dalam sejarah”.

Mana-mana produk hiburan yang pernah dikeluarkan di seluruh dunia dalam sejarah, termasuklah mana-mana filem Hollywood, tidak mampu mengaut keuntungan dalam masa tiga hari seperti mana yang terjadi kepada dua game Rockstar ini.

Sebagai perbandingan, menurut laman Statista, Avengers: Infinity War (2018) mengaut keutungan sebanyak USD641 juta dari hari pertama keluar pawagam sehingga hari Ahad pertama. The Fate of the Furious (2017) pula mengaut USD542 juta dan Star Wars: The Force Awakens (2015) sebanyak USD529 juta.

Mungkin ada yang akan mempertikaikan yang Avengers: Infinity War dan Star Wars: The Force Awakens akhirnya berjaya mencecah keuntungan sebanyak USD2 billion di seluruh dunia. Namun, apa yang dibandingkan di sini ialah bagaimana video game mampu jauh meninggalkan keutungan yang dikaut dunia perfileman dalam beberapa hari pertama pelancaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pelakon Guardians of the Galaxy, Chris Pratt Promosi Fortnite Di Korea!

Sony Dilaporkan Mempatenkan Controller Yang Mempunyai Touchscreen – Controller Untuk PS5?