Video game dan keganasan – ada kaitan?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan berjumpa dengan ahli-ahli dalam industri video game pada hari Khamis ini untuk untuk berbincang tentang keganasan senjata dan penembakan di sekolah, menurut jurucakap White House, Sarah Huckabee Sanders, dilaporkan Rolling Stone.
Entertainment Software Association (ESA), sebuah kumpulan video game di Amerika Syarikat, telah mengesahkan yang mereka telah menerima jemputan ke White House bagi membincangkan mengenai perkara ini. ESA mengatakan pertemuan ini akan memberikan “peluang untuk mengadakan perbualan berdasarkan fakta tentang rating video game, komitmen industri kami kepada ibu bapa, dan alat-alat yang kami sediakan untuk pilihan hiburan yang dimaklumkan.”
ESA sekali kali menegaskan yang tiada sebarang bukti tentang perkaitan antara video game dan keganasan.
“Video game dinikmati di seluruh dunia dan pelbagai pihak berkuasa dan kajian saintifik yang mempunyai reputasi telah menjumpai tiada sebarang perkaitan antara game dan keganasan di dunia sebenar,” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ESA. “Seperti semua rakyat Amerika, kami sangatlah risau tentang tahap keganasan senjata di Amerika Syarikat. Video game pastinya bukan isunya: hiburan diedarkan dan digunakan secara global, tetapi Amerika memiliki tahap keganasan senjata yang melebihi daripada mana-mana negara lain.”
“Pertemuan akan datang di White House, yang mana ESA bakal hadir, akan memberikan peluang untuk mengadakan perbualan berdasarkan fakta tentang rating video game, komitmen industri kami kepada ibu bapa, dan alat-alat yang kami sediakan untuk pemilihan hiburan yang dimaklumkan.”
Minggu lalu, Sanders telah menyatakan yang ahli-ahli daripada industri video game adalah pihak yang akan bertemu dengan Presiden Trump untuk membincangkan tentang keganasan senjata di negara itu. ESA pada minggu lalu pada mulanya menafikan sebarang jemputan daripada White House.
Comments
Loading…