in , , , ,

Kumpulan Hak Haiwan (PETA) Menggesa Ubisoft Buang Laga Ayam Dalam Far Cry 6

Sejak Far Cry 6 dilancarkan beberapa hari lalu, ada satu aktiviti dalam game tersebut yang benar-benar menarik perhatian ramai — kehadiran gameplay Cockfighting.

Ubisoft menampilkan perlawanan laga ayam dalam Far Cry 6, yang boleh dikawal oleh pemain seolah-olah bermain game fighting seperti Mortal Kombat, Street Fighter atau Tekken.

Ia menjadi tular di Internet kerana kelihatan cukup melucukan, dalam masa sama nampak amat menghiburkan.

Walau bagaimanapun, kandungan itu nampaknya tidak disenangi oleh kumpulan pejuang hak-hak haiwan — People for the Ethical Treatment of Animals (PETA).

PETA Latino telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggesa Ubisoft untuk membuang kandungan laga ayam ini dari Far Cry 6 dalam kadar segera.

“Menukar sukan berdarah yang menakutkan seperti laga ayam kepada sesuatu yang seakan perlawanan video game Mortal Kombat adalah suatu yang sangat jauh daripada inovasi sebenar, memandangkan masyarakat hari ini dengan kerasnya menentang pemaksaan terhadap haiwan-haiwan untuk bertarung sehingga mati,” kata Pengurus Kanan PETA Latino, Alicia Aguayo.

“Ayam jantan yang digunakan dalam pertarungan laga ayam dipasangkan dengan alatan tajam mampu mengoyakkan daging dan tulang, mengakibatkan kecedaraan yang menyeksa dan dapat membawa maut.”

“PETA Latino menggesa Ubisoft untuk menggantikan minigame kejam dengan suatu yang tidak mengagungkan kekejaman.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Memfailkan Permohonan Tanda Dagang ‘EA Sports FC’ – Selamat Tinggal ‘FIFA’?

Walau Tak Guna Nama ‘FIFA’, Game Bola Sepak EA Akan Tetap Guna Nama Pemain Sebenar