Dua hari lalu, Netflix telahpun memberhentikan penggambaran musim kedua The Witcher bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Terkini, pelakon yang baru saja diambil untuk musim kedua, Kristofer Hivju melalui laman Instagramnya telah mengesahkan bahawa beliau telah positif COVID-19.
“Dukacita untuk diberitahu bahawa, saya, hari ini, telah disahkan positif COVID-19, virus korona,” kata Hivju. “Keluarga dan saya sedang mengasingkan diri di rumah untuk berapa lama yang diperlukan. Kesihatan kami dalam keadaan baik — saya hanya ada simtom demam yang sederhana.”
Lanjutan ini, set penggambaran The Witcher di Arborfield Studios, England akan mengadakan pembersihan secara menyeluruh bagi menghilang segala kemungkinan set itu boleh menularkan virus tersebut, lapor Deadline.
Kristofer Hivju, pelakon yang mencipta nama melalui wataknya sebagai Tormund Giantsbane dalam siri TV di HBO, Games of Thrones, akan membawakan watak Nivellen dalam musim kedua The Witcher.
Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).
Comments
Loading…