in , , , , , ,

Kratos Dari God of War Pula Akan Dibawa Masuk Ke Fortnite

Fortnite baru sahaja menambah Din Djarin dan Grogu dari The Mandalorian, dan nampaknya game battle royale itu semakin rancak membawa masuk lebih banyak karakter ikonik dari IP lain.

Hero PlayStation kesukaan ramai, Kratos dari francais God of War dijangka bakal hadir ke dalam Fortnite tidak lama lagi. Rekaan karakter yang akan dibawa masuk kemungkinan besar ialah dari game soft-reboot yang dilancarkan pada 2018.

Awal pagi tadi, akaun Twitter rasmi PlayStation telah mengacah para pengikutnya dengan satu audio misteri sambil memetik akaun Twitter Fortnite. Audio itu menyebutkan “orang seterusnya yang kamu akan pilih sebenarnya telah menumpaskan banyak dewa, dengan tangan kosongnya sendiri, dalam keadaan amok yang tidak terkawal.”

Sejurus selepas tweet acah PlayStation ini, akaun Twitter Hypex, yang memfokuskan kepada berita-berita Fortnite, telah memuatnaik poster Kratos yang memaparkan karakter itu akan dibawa masuk ke dalam game terbitan Epic Games itu.

Apakah skin Kratos ini hanya akan boleh dimainkan oleh pemain di PlayStation? Sekiranya ia boleh digunapakai oleh pemain di semua platform, maka kita akhirnya akan dapat saksikan semua pemain, termasuk pemain Xbox, menggunakan Kratos.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Percuma Paling Hangat Sekarang, Genshin Impact Menjana RM413 Juta Dalam Masa Hanya 2 Minggu

Genshin Impact Meraih RM1.6b Dalam Masa 2 Bulan Di Platform Mobile

Cyberpunk 2077 Keluarkan 3 Video Trailer Baru, Saksikan Lebih Aksi Karakter Keanu Reeves

Cyberpunk 2077 Memperlihatkan Photo Mode Dalam Trailer Terbaru