Menu
in ,

Kotak Game PS5 Pertama Sudah Mula Dicetak, Ini Rupa Bentuknya

Menjelang kurang daripada sebelum pelancaran PS5, kotak disk blu-ray untuk game di platform tersebut sudah mula dicetak.

Perkara ini didedahkan oleh Randy Pitchford dari Gearbox Software melalu satu tweet yang menampilkan beberapa gambar beliau bersama kotak game Godfall. Beliau mengatakan bahawa ia merupakan game pertama PS5 yang dicetak.

Daripada gambar-gambar ini juga kita dapat mengesahkan beberapa butiran seperti Godfall memerlukan sekurang-kurang 50GB storan, harus mempunyai langganan PlayStation Plus serta ia boleh dimainkan oleh 1 hingga 3 pemain.

Godfall merupakan sebuah game aksi RPG yang dibangunkan Counterplay Games dan diterbitkan oleh Gearbox Publishing — akan menjadi salah satu game yang tersedia semasa pelancaran PS5 pada 12 November kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version