Sempena filem Justice League yang baru keluar di pawagam, apa kata kita sambut kostum baru untuk karakter DC kesukaan anda?

Pemain akan dapat kostum baru bagi karakter Batman, Wonder Woman, Cyborg, The Flash dan Aquaman diinspirasikan oleh filem Justice League.

Kandungan ini akan boleh didapatkan dalam versi konsol dan juga versi mobile.

Pemain kena menyiapkan cabaran khas Multiverse dalam masa terhad untuk mengumpul semua kostum. Untuk cabaran pertama, The Flash ternyata lebih laju berdesup kerana anda boleh mula mengumpul empat komponen armor bagi Flash.

Selain itu, Injustice 2 baru sahaja memasukkan pasukan ninja, Teenage Mutant Ninja Turtles dan juga Enchantress.

JomKomen!