in , ,

“Korang Tunggu Sehingga Korang Lihat Apa Yang Kami Ada Dalam Tahun 2018” – Sony

Sony akan menggegarkan dompet korang pada tahun 2018!

Tahun 2017 sudah menjadi antara tahun terbaik untuk Sony dalam industri gaming ini. Horizon Zero Dawn, Uncharted: The Lost Legacy dan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy adalah antara game eksklusif utama yang telah melonjakkan Sony ke satu tahap yang baru.

Untuk tahun 2018 pula, nampaknya Sony akan lebih maju ke hadapan dengan lebih banyak game eksklusif yang lebih menarik. Terbaru, Sony XDev Europe, syarikat yang bertanggungjawab membawakan game eksklusif yang dibangunkan oleh pasukan luar, telah berkata sesuatu yang boleh membuatkan korang tak senang duduk.

Di laman Twitter, mereka menyatakan, “kalau korang fikir 2017 sudah bagus, tunggu sehingga korang lihat apa yang kami ada dalam tahun 2018,” sambil memuat-naik GIF yang berkata “BOOM”.

Semestinya, seperti yang korang tahu, Shadow of the ColossusDays GoneGod of WarMarvel’s Spider-Man dan Detroit: Become Human adalah beberapa game eksklusif yang telah disahkan akan dilancarkan pada tahun 2018, yang bakal menggegarkan dompet korang. Ini tidak lagi termasuk game-game eksklusif lain yang masih belum didedahkan bila akan dikeluarkan seperti The Last of Us Part II, Death Stranding dan Ghost of Tsushima.

Apakah game yang paling korang tak sabar nak mainkan pada tahun hadapan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

JomBaca: Kenapa Sony Meletakkan Kebebasan Kreatif Sepenuhnya Kepada Pembangun Game Pihak Pertama Mereka?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Steam Winter Sale 2017 Telah Pun Bermula!

Macam Mana Rupanya Kalau Uncharted Dikeluarkan Pada Tahun 1998 Semasa Era PS1?