Masa untuk cuba DLC baru.
Salah satu syarat untuk para pemain PlayStation 4 bermain mana-mana game secara online (kecuali game free-to-play) adalah mempunyai langganan PlayStation Plus. Dan GTA Online juga tidak ketinggalan daripada syarat ini.
Namun, dari sekarang hingga 6 Ogos nanti, pemain boleh mengakses GTA Online walaupun tanpa langganan PS Plus. Akses percuma ini dihadiahkan oleh Sony dan Rockstar bagi meraikan pelancaran DLC baru dalam GTA Online, iaitu After Hours.
After Hours membawakan kandungan baru yang memfokuskan kepada perniagaan kelab malam.
Comments
Loading…