in , , , ,

Korang Tak Boleh Pandu Kereta Terbang Dalam Cyberpunk 2077

Wawasan 2077.

Antara impian manusia sejagat pada masa hadapan adalah untuk berupaya memandu kereta-kereta terbang yang selalu kita lihat dalam filem-filem dan komik-komik.

Video game menjadi antara tempat untuk kita mengecapi cita-cita yang tidak/belum dapat kita rasai ini. Antara game futuristik yang paling kita tunggu-tunggu sekarang ini ialah Cyberpunk 2077 yang kini sedang dibangunkan oleh CD Projekt RED.

Kereta terbang dapat kita lihat dalam trailer terbaru Cyberpunk 2077 yang dikeluarkan di E3 2018, namun, ia telah disahkan bahawa kereta terbang tidak dapat kita pandu dalam game ini.

Bercakap kepada Metro.co.uk, level designer Max Pears berkata, “kamu tidak akan boleh mengawal kereta terbang tetapi ia akan digunakan untuk misi-misi bagi perkara-perkara penting. Cara utama untuk bergerak adalah dengan berjalan kaki, kereta dan motor.”

Pastinya kita agak kecewa apabila beliau mengesahkan perkara ini. Tetapi, apa-apapun mungkin boleh berubah memandangkan game ini masih lagi dalam pembangunan. Malah, kita belum pasti apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kereta terbang yang “digunakan untuk misi-misi”.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One, namun tarikh pelancaran masih belum lagi diumumkan.

JomBaca: Trend Game Tiada Loading Screen Akan Diteruskan CD Projekt Red Dalam Cyberpunk 2077!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League Memperkenalkan Rocket Pass, Sama Seperti Battle Pass Dalam Fortnite

Microsoft Dan Nintendo Main Kasar! Bergabung Keluarkan Trailer Cross-Play Minecraft Tanpa PS4!