Tahun lalu, Valve telah melancarkan aplikasi rasmi Steam Link, menawarkan fungsi untuk stream game-game dari Steam ke telefon pintar. Pada ketika itu, ia hanya dilancarkan di Android.

Kini, selepas setahun ditolak oleh Apple, Steam Link akhirnya dilancarkan ke iOS. Melancarkannya ke iOS bermakna fungsi ini bukan sahaja boleh digunakan di iPhone, malah iPad dan Apple TV — dengan syarat ia berhubung melalui rangkaian 5Ghz atau Ethernet berwayar bagi menghoskan komputer yang menjalankan Steam.

Steam Link akan menyokong Steam controller dan pelbagai Bluetooth controller.

Korang boleh muat-turun aplikasi Steam Link melalui pautan di bawah:

Jadi, apa tunggu lagi? Pergilah cuba main game-game Steam di telefon pintar sambil baring-baring di atas katil.

JomKomen!