Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, game pertama dari Metronomik, No Straight Roads telah berpindah jualannya di platform PC dari Steam ke Epic Games Store.

Kini, para pemain telahpun dibenarkan untuk melakukan pra-tempah untuk game ini di platform tersebut dengan harga USD18.99 (~RM80).

Menurut Aksiz, harga ini mendapat diskaun kira-kira 50 peratus berbanding pasaran global yang mengenakan jualan sebanyak USD39.99 (~RM168). Harga ini selari dengan apa yang telah didedahkan oleh Wan Hazmer sebelum ini, yang mana beliau menjanjikan harga mampu milik untuk pemain Malaysia.

Nak terus pra-tempah di Epic Games Store? Klik pautan ini.

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV; serta Daim Dziauddin, concept artist untuk Street Fighter V.

No Straight Roads akan dilancarkan pada awal tahun 2020 untuk PC dan PS4.

JomKomen!