Sudah bersedia untuk masuk ke tahun ketiga dalam game shooter popular ini?
Ubisoft untuk tahun 2018 tidak mahu berhenti menyokong Rainbow Six Siege. Mereka akan terus memberikan kandungan-kandungan menarik sepanjang tahun hadapan dengan Year 3, seperti yang telah kami laporkan sebelum ini.
Terbaru, Ubisoft telah mengumumkan Season Pass untuk Year 3 ini, yang mana kami telah menyemaknya di PlayStation Store dan ianya sama harga dengan Season Pass tahun-tahun sebelum ini, iaitu RM83.
Apa yang korang akan dapat daripada Season Pass ini? Korang akan disajikan dengan 8 Operator baru yang bakal dibahagikan kepada 4 musim pada tahun hadapan, berserta 7 hari akses awal kepada setiap Operator itu. Selain itu, korang juga akan memperoleh 600 R6 Credits dan beberapa barangan kosmetik eksklusif.
Season One akan membawakan 2 Operator dari Rusia, Season Two akan membawakan 2 Operator dari Itali, Season Three membawakan 1 Operator dari British serta 1 Operator dari Amerika Syarikat, dan akhir sekali Season Four akan membawakan 2 Operator dari Maghribi.
Korang boleh ketahui lebih lanjut tentang perancangan Ubisoft untuk Year 3 dalam Rainbow Six Siege di sini.
Walau bagaimanapun, kalau korang tak tahu, Operator-Operator ini bukanlah berbayar. Ia sememangnya percuma untuk semua pemain. Ia boleh di-unlock oleh semua pemain dengan menggunakan matawang dalam game yang boleh dikumpulkan dengan bermain game ini. Namun, sekiranya korang mendapatkan Season Pass, ia akan terus memberikan Operator-Operator tersebut tanpa sebarangan kekangan.
Rainbow Six Siege kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.
JomBaca: Dengan Pelancaran Operation White Noise, Rainbow Six Siege Kini Mempunyai 25 Juta Pemain Berdaftar
Comments
Loading…