Masih ingat permainan penuh nostalgia di bangku sekolah dulu? Berlawan pemadam dengan menggunakan format “rampas”. Apabila berjaya “merampas” banyak pemadam pada hari persekolahan, kita akan pulang dengan penuh angkuh dan tersenyum lebar.

Kini, korang boleh main permainan legenda ini di telefon pintar. Berjudul “Rubber Wrestling”, game ini korang boleh muat-turun di Google Play Store (Android). Buat masa ini, game ini belum ada di Apple App Store (iOS).

Seperti pertempuran pemadam yang kita main sewaktu kecil, Rubber Wrestling turut meletakkan bendera negara di atas pemadam. Setakat ini, hanya lima negara yang boleh dipilih iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Gameplaynya cukup ringkas. Kita pilih bahagian pemadam mana yang ingin kita tekan, kemudian lepaskan apabila ingin melancarkan serangan. Makin lama kita tekan, makin kuat pemadam itu akan “terbang”. Dan semestinya, permainan akan dimenangi apabila kita berjaya menghempap pemadam lawan.

Soalan yang penting sekarang, adakah Rubber Wrestling akan menjadi salah satu game esports pada masa akan datang?

(gurau je).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.