in , , , , ,

Kor Risik Diraja Anjurkan Pertandingan PUBG Mobile Terbuka – RM12,200 Jadi Rebutan!

Cabang perisikan Tentera Darat Malaysia, Kor Risik Diraja bakal mengadakan Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK) pada hujung minggu hadapan bersempena dengan ulang tahun ke-50 atau Jubli Emas penubuhan agensi itu.

 

Bermacam aktiviti dan acara menarik dianjurkan di pesta ini, antaranya, pameran Kor Risik Diraja, promosi/pengambilan Askar Wataniah, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan, konsert, fun run, dan banyak lagi.

Semestinya, aktiviti untuk para gamer tidak ketinggalan.

Kor Risik Diraja dengan kerjasama eformula, Yoodo dan Telekom Malaysia akan menganjurkan satu pertandingan PUBG Mobile yang dikendalikan oleh Spotgamers.

Apa yang paling menarik tentang pertandingan ini? Ia menawarkan hadiah kemenangan terkumpul bernilai RM12,200 dan ia akan turut disertai oleh pasukan-pasukan yang dibarisi oleh abang-abang tentera kita!

Pertandingan ini dibuka untuk 128 pasukan, dan daripada berita yang kami terima, slot untuk pendaftaran sudah hampir penuh! Jadi, korang kena cepat daftar untuk berpeluang bermain bersama perwira-perwira tanah air kita!

Berikut ialah butiran lanjut yang korang perlu ketahui tentang kejohanan ini:

Nama Pertandingan: Jubli Emas Kor Risik Diraja PUBG Mobile Tournament.
Lokasi: Hall A, MAEPS Serdang, Selangor -Peta dari Google Map-
Tarikh: 6 hingga 8 Disember 2019

Yuran Pendaftaran: RM100 untuk setiap pasukan yang terdiri daripada 4 pemain.

Hadiah Kemenangan:

JUARA
RM4,000 TUNAI + RM1,200 KREDIT YOODO + JERSI PUBG EDISI TERHAD YOODO + GOODIE BAG

– NAIB JUARA
RM2,000 TUNAI + RM600 KREDIT YOODO + JERSI PUBG EDISI TERHAD YOODO + GOODIE BAG

– TEMPAT KE-3
RM1,200 TUNAI + RM400 KREDIT YOODO + JERSI PUBG EDISI TERHAD YOODO + GOODIE BAG

– TEMPAT KE-4
RM600 TUNAI

– TEMPAT KE-5 HINGA KE-8
RM280 TUNAI

– TEMPAT KE-9 HINGA KE-16
RM140 TUNAI

Jadi, apa korang tunggu lagi? Inilah peluang korang untuk bermain PUBG Mobile bersama ahli tentera yang sebenar! Kita tengok siapa yang terer!

Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh hubungi Rinie melalui Whatsapp: 0173020087

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jalan Cerita Utama Cyberpunk 2077 Akan Lebih Pendek Daripada The Witcher 3, Side Quest Lebih Kompleks

Jalan Cerita Utama Cyberpunk 2077 Akan Lebih Pendek Daripada The Witcher 3, Side Quest Lebih Kompleks

EA Sports Berikan FIFA 20 Secara Percuma Untuk Tarik Pemain Berbelanja Dalam Ultimate Team

EA Sports Berikan FIFA 20 Secara Percuma Untuk Tarik Pemain Berbelanja Dalam Ultimate Team